Thursday, January 20, 2011

CARA MEMBUAT MAIL MERGE MS WORD 2007

Pernahkah kawan-kawan dengar MAIL MERGE? Seringkali kita menghadapi kesukaran apabila terpaksa menghantar surat panggilan mesyuarat kepada bilangan penerima yang ramai...melalui penggunaan mail merge kita tak perlulah menaip bilangan surat yang banyak kepada penerima-penerima tersebut sebaliknya kita perlu taip satu surat panggilan (dokumen) dan mewujudkan satu pengkalan data (iaitu alamat-alamat penerima surat tersebut). Secara ringkasnya MAIL MERGE menggabungkan maklumat didalam pangkalan data ke sesebuah dokumen di dalam MS WORD. Mail merge boleh menghasilkan sesebuah dokumen yang akan disebarkan kepada seberapa ramai penerima dalam bentuk surat, sampul surat, keputusan sesuatu peperiksaan, ujian dan lain-lain.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat MAIL MERGE:

1. Sediakan dokumen yang ingin dijadikan mail merge. Klik menu Mailings.

2. Klik Start Mail Merge.

3. Klik Select Recipients dan pilih Use Existing List ... (Di sini anda boleh memilih pangkalan data di direktori mana ianya disimpan di komputer anda)

4. Pilih fail data dari folder/direktori di mana anda simpan data berkenaan dan klik
butang Open.

5. Klik pada Edit Recipient List dan klik OK. Diperingkat ini anda boleh membuat pilihan siapakah yang sepatutnya akan dimasukkan ke dalam senarai yang akan dicetak.

6. Letakkan kursur dilokasi di mana data berkenaan akan dipaparkan. Klik Insert Merge Field. Klik butang Insert.

7. Pilihlah Field yang diperlukan dan klik Insert. Lakukan langkah ini sehingga ke semua field yang diperlukan telah dimasukkan ke dokumen anda.
8. Setelah selesai, klik butang Close
9. Anda boleh prebiu data yang akan digabungkan ke dokumen anda dengan melihat di Preview Result.Ini penting untuk memastikan kedudukan data bertepatan dengan lokasi di mana sepatutnya data berkenaan berada.

10. Klik Finish & Merge

11. Edit Individual Document dan klik butang OK untuk pengesahan.

12. Merge Records - All - OK
Anda juga boleh membuat pengesahan mengikut pilihan data yang anda mahukan
diruang From – To. Anda akan dipaparkan dengan surat-surat yang mengandungi semua nama penerima yang ada di dalam senarai. Anda boleh terus cetak atau simpan sebagai dokumen.

SELAMAT MENCUBA
yaaa....

Wednesday, January 19, 2011

POSTER SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2011

Assalamualaikum kawan-kawan...rasanya macam dah lama saja huda tak post berita untuk blog Kalam Mu'allimah...maklumlah awal tahun persekolahan banyak tugas yang perlu di settlekan... ok , huda mulakan post untuk hari ini dengan berkongsi Poster Selamat Kembali Ke Sekolah 2011 hasil nukilan Huda sendiri masa Kuiz IT in Edu. tempoh hari...

Wednesday, January 12, 2011

NASYID PILIHAN MINGGU INI : TAFAKUR (AZHAN ATAN)

Minggu ni Ummu Fawwaz nak kongsi dengan kawan-kawan satu klip video nasyid yang best untuk kita jadikan halwa telinga... bait-bait kata nasyid ini sesuai untuk kita muhasabah kelemahan diri kita selaku hamba yang kerdil di bumi Allah ini... mari kita hayati sama-sama...


Monday, January 10, 2011

ISLAM, TEKNOLOGI DAN TAMADUN BARAT


Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud aplikasi Sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walaubagaimanapun teknologi atau ciptaan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamaddun barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai barat berserta cara hidupnya.

Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara-negara Muslim berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing-masing seperti teknologi nuklear di Pakistan dan cyberjaya di Malaysia dan sebagainya tanpa benar-benar memahami apakan tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan permodenan sering kali di kaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan-ucapan seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”

Maka, teknologi dan tamaddun terutama sekali tamaddun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamaddun dan nilai-nilai barat ataupun tamaddun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dna sekaligus memeluk cara hidup barat berserta idea-ideanya dan idea-idea barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea-idea barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.

Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamaddun/ nilai-nilai barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang-barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamaddun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat-alat dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat-alat komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana-mana tamaddun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamaddun barat atau menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat-alat materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung-patung yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung-patung ukiran zaman renaissance.

Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamaddun barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamaddun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat-alat materi tetapi tamaddun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau idea-idea yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat, kapitalisme. Maka, idea-idea seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman), women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari tamaddun/ hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara-negara barat itu sendiri.

Teknologi perlu difahami sebagai bahan-bahan material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea-idea yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana-mana tamaddun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara-perkara sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat-alat perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea-idea koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)

Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? " Luqman:20

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)". Ibrahim: 32

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Al- A'raaf:32

Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamaddun Islam serta cara hidup Islam bererti tamaddun unta. Walaubagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat-alat teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea-idea) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea-idea tersendiri yang bertentangan dengan hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa  ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya. Sebagai contoh, kita boleh katakan bahawa Iraq merupakan sebuah negara berteknologi hinggakan mampu mencipta ‘biological weapon’ tetapi ianya bukan sebuah negara maju sama dengan negara-negara Muslim yang lain seperti Pakistan, Malaysia dan Saudi Arabia. Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara-negara barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan  sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamaddun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamaddun barat untuk mencapai kemajuan. Tamaddun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita.

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.Al- Imran:85
 
sumber :http://unity99.tripod.com/tekno.html

Wednesday, January 5, 2011

KELEBIHAN MENYERTAI MAJLIS ILMU



Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

Tuesday, January 4, 2011

TAZKIRAH UNTUK HARI INI... 4 JANUARI 2011



Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Friday, December 31, 2010

CARA UNTUK VIDEO CHAT MENGGUNAKAN FACEBOOK

Ramai yang masih tidak tahu bahawa kita boleh berkomunikasi menggunakan video chat dalam facebook.. berikut merupakan langkah-langkah untuk video chat dalam facebook:

LANGKAH 1 : Klik pada icon "Video". kemudian klik pada "Record Video"

LANGKAH 2 : Klik pada icon "Allow"untuk membenarkan anda berkomunikasi dalam perisian ini.

LANGKAH 3:  Taipkan "Video Chat Rounds" dalam kotak SEARCH. Paparan seterusnya akan kelihatan. Sila klik pada icon "Allow."


LANGKAH 4 : Klik pada gambar rakan yang anda ingin hubungi. Selepas itu paparan "Calling" akan kelihatan.





LANGKAH 5 : Anda boleh berkomunikasi dengan rakan anda apabila gambar rakan tertera di skrin.



LANGKAH 6 : Anda boleh menambah kesan sampingan dengan klik pada "Interactive Menu", dan memilih mana-mana Effect untuk menggambarkan perasaan anda ketika berkomunikasi.

LANGKAH 7 : Anda juga boleh berkomunikasi dengan menaip menggunakan ruangan chatting di bawah video.



SELAMAT MENCUBA !!!!!